Kajian Penutupan Jalan: Kerajaan Negeri Jamin Tidak Akan Aniayai Peniaga

25 Disember – Kerajaan Negeri Melaka menjamin kebajikan rakyat terutama peniaga yang terlibat dalam tempoh percubaan bagi penutupan jalan bersempena dengan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir kepada tiga hari bermula Jumaat lalu tidak akan dipinggirkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya akan mencari kaedah terbaik dalam menjalankan inisiatif tersebut yang impaknya memberi pulangan kepada rakyat Melaka terutama peniaga yang disifatkan sebagai ‘rakan kongsi’ pelancongan kepada Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengingatkan inisiatif tersebut kini masih lagi di peringkat kajian untuk meneliti respon daripada segenap sudut bagi penambahbaikan sektor pelancongan di negeri ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#tutupjalan
#jalantutup
#carfreezone
#tmm2024
#VisitMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy