Tower Hunt Kembali Pada TMM2024 Libatkan Kolaborasi 4 Menara

23 Disember – Program Tower Hunt iaitu program berkonsepkan pencarian ‘treasure hunt’ bakal dianjurkan dengan skala lebih besar sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tahun depan.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, program itu dicadang akan melibatkan empat buah menara di Malaysia iaitu Menara Taming Sari (Melaka), Menara Kuala Lumpur, Menara Kuantan (Pahang) dan Menara Alor Setar (Kedah).

Kata beliau, perancangan itu dibuat selepas melihat kejayaan program julung kali dianjurkan, hari ini, yang berjaya menarik kira-kira 100 peserta dari seluruh negara.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TowerHunt
#menaratamingsari
#TMM2024
#VisitMelaka2024
#tahunmelawatmelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy