23 December 2023

22 Disember – Pelanjutan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir kepada 54 jam yang berkuatkuasa bermula hari ini hingga jam 12 tengah malam pada Ahad masih lagi di peringkat kajian.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu secara tidak langsung menyokong inisiatif bebas karbon selain meningkatkan tahap kebersihan.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri sedia menerima sebarang maklum balas daripada orang ramai terutama penduduk sekitar bagi menambahbaik inisiatif dijalankan di lokasi tumpuan pelancongan itu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ZonBebasKenderaan
#CarFreeZone
#MBMB
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

46 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy