Eco-Cruise Sungai Linggi Dibuka Secara Rasmi, Gamit Pelancongan Di Utara Melaka

21 Disember – Eco Cruise Sungai Linggi yang dibuka secara rasmi hari ini menawarkan tiga persinggahan di sepanjang laluan sungai iaitu Sabak Arang, Taman Lokan dan Kota Simpang.

Pengunjung juga boleh menikmati keunikan sepanjang kawasan ekopelancongan itu yang menjadi habitat kepada kelip-kelip dan dianggarkan 1,400 ekor buaya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh malah berkata, sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) orang ramai berpeluang menyelusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan dengan menaiki ‘Eco Cruise Sungai Linggi’ itu secara percuma.

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan pada setiap hujung minggu pada Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan ini sebelum kapal itu beroperasi secara rasmi bermula 5 Januari tahun depan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ekopelancongansungailinggi
#ecocruisesungailinggi
#sungailinggicruise
#payalebar
#tourismmelaka
#manalagimelakaler
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

98 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy