TMM2024: Maxus T60, Motosikal Elektrik Antara Hadiah Buat Penginap Bertuah

20 Disember – Sebanyak lima buah kereta, tiga buah motosikal elektrik dan sebuah bot menanti penginap hotel yang bertuah pada Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia menerusi program cabutan bertuah Bercuti dan Menang sempena TMM2024 yang membuka peluang kepada pelancong untuk menginap sekurang-kurangnya dua malam dengan perbelanjaan sebanyak RM500 dalam satu resit.

Antara kenderaan ditawarkan adalah Maxus T60 bernilai RM115,888, dua buah Proton X70 1.5L Tgdi bernilai RM98,800, sebuah Proton X50 1.5T bernilai RM85,980, sebuah Perodua Aruz 1.5 bernilai RM73,055 dan tiga buah motosikal elektrik Blueshark R1 bernilai RM9,390 serta sebuah bot GT Top Std Model bernilai RM3,000.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TMM2024
#BercutiDanMenang
#KeretaMaxus
#VisitMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy