BERPEGANG TEGUH KEPADA INTEGRITI, SIMPAN KERAHSIAAN KERAJAAN – KM

20 Disember – Penjawat awam di negeri ini sama ada berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri diingatkan supaya berpegang teguh kepada integriti dan menyimpan kerahsiaan maklumat kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan perkara itu perlu diberi perhatian kerana dalam pentadbiran Kerajaan Negeri diterajui oleh beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku mahupun tatakelola yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas akan diambil mengikut kedaulatan undang-undang sekiranya mana-mana penjawat awam yang culas dengan tanggungjawab itu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#DSUAbRaufYusoh
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy