UNIMEL dinaik taraf ke Universiti Islam Melaka

18 Disember – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata gedung ilmu yang berusia lebih 30 tahun itu perlu melalui fasa pemulihan untuk menjadi sebuah universiti yang berasaskan teknologi Islam. Dengan cadangan nama Universiti Islam Melaka yang berlandaskan teknologi.

“Formula terbaik perlu dilakukan di UNIMEL untuk tarik pelajar sambung belajar. Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan menanggung yuran penginapan selama setahun kepada pelajar baharu. Pelajar duduk percuma dan itu hanya diberikan kepada pelajar baharu dalam kalangan B40 yang berdaftar di UNIMEL.” Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata langkah tersebut bakal menjadikan UNIMEL sebagai universiti pertama yang memberikan peluang kepada anak-anak B40 dengan menyediakan kemudahan percuma.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#UNIMEL
#UniversitiIslamMelaka
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

34 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy