Melaka Anjur Hari Kebaya Baba Nyonya Sempena TMM 2024

18 Disember – Hari Kebaya Baba Nyonya akan dimasukkan dalam rangka program Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM) 2024 sebagai satu tarikan mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat itu kepada pengunjung negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran itu adalah di bawah Institut Warisan Melaka (INSWA) yang dijangka akan berlangsung selama tiga hari dua malam.

“Semua yang hadir ke Melaka pada malam tersebut akan memperagakan pakaian kebaya Baba Nyonya daripada pagi sehingga malam seterusnya mendalami keunikan, sejarah masyarakat ini yang berbangsa Cina tetapi mengamalkan budaya Melayu,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#BabaNyonya
#PeranakanBabaNyonya
#kebaya
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy