Tambah Baik Laluan Kontra Atasi Kesesakan – KM

17 Disember – Melaka akan mencari formula baharu penyuraian trafik dengan menambah baik kaedah laluan kontra di lokasi tumpuan pelancong, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Langkah itu diambil berikutan masih berlaku kesesakan di beberapa lokasi dipercayai disebabkan masih ramai pengguna jalan raya tidak mengetahui kewujudan laluan kontra yang diperkenalkan sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir pada setiap malam minggu.

Pihaknya meletakkan kepercayaan penuh kepada petugas trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menentukan laluan kontra baharu yang dapat membantu kelancaran trafik di negeri ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TourismMelaka
#laluankontra
#ManaLagiMelakaLer
#TahunMelawatMelaka2024
#visitmelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy