Melaka Mahu Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak

17 Disember – Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) akan berunding dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung kedudukan pasukan itu untuk kembali semula ke persada Liga Super musim depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh yang juga Presiden MAFA berkata, barisan kepimpinan MAFA yang baharu dilantik bakal mempersiapkan kerangka terbaik dalam usaha memulihkan kembali sukan bola sepak menjelang ulang tahun ke-100 MAFA tahun depan.

“Melaka mungkin kembali ke kancah saingan Liga Super selepas Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) mengesahkan akan membuat rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MAFA
#BolaSepakMelaka
#LigaSuper
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy