‘Upin Ipin Adventure World’ Taruhan Baharu Pelancongan Melaka

15 Disember – Pembinaan Taman Tema Upin dan Ipin bakal menjadi pemangkin dalam usaha memperkasakan industri pelancongan Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menyediakan tapak seluas 55 hektar (138 ekar) di daerah Alor Gajah, bagi merealisasikan pembinaan taman tema tersebut.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Melaka (MCorp) sedang berunding bersama Les’ Copaque Production mengenai terma dan syarat penggunaan tanah yang dijangka akan dimuktamadkan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#UpinIpin
#tamantemaupinipin
#animasi
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy