TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua Pengajian – TPM

15 Disember – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua bagi pelajar peringkat menengah untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata graduan dalam aliran TVET kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang.

Jelasnya, keberhasilan yang dapat disaksikan melalui Majlis TVET Negara ialah mentransformasi bidang tersebut ke arah melahirkan tenaga mahir warga tempatan, bagi memenuhi keperluan industri negara.

Terdahulu, teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023, semalam.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TVET
#TPM
#ImtiazUlulAlbab
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy