Tower Hunt Jelajah Dua Menara Ikonik Promosi Pelancongan Melaka

15 Disember – Seramai 120 peserta terdiri daripada 30 kumpulan berkenderaan akan menyertai misi jelajah Tower Hunt yang diadakan di dua menara ikonik iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Taming Sari.

Program berkonsepkan pencarian harta karun atau ‘tresure hunt itu bakal membabitkan jarak 122 kilometer (km) yang bermula di Menara Kuala Lumpur dan berakhir di Menara Taming Sari pada 23 Disember ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, program julung kali diadakan membabitkan kolaborasi di antara dua lokasi tarikan pelancongan negara itu sekali gus mampu mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024)

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#towerhunt
#TMM2024
#VisitMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy