96.2 Peratus Aduan SiSPAA Berjaya Diselesaikan-KM

15 Disember – Keberkesanan kaedah SISPAA melebihi 60 peratus daripada ssitem konvensional berikutan menerusi dalam talian semua aduan itu dapat diselesaikan kadar segera, memendekkan masa dan mempertingkatkan produktiviti, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, setakat 1 Disember, SiSPAA Kerajaan Negeri menerima 12,650 aduan yang mana 12,171 aduan atau 96.2 peratus berjaya diselesaikan, hanya 479 aduan atau 3.8 peratus yang masih dalam tindakan jabatan atau agensi berkaitan.

Mengulas mengenai program Hari Bertemu Rakyat, ia akan diperluaskan ke setiap Parlimen bagi memastikan segala permasalahan rakyat atau aduan dapat diselesaikan secara terus dan efisien.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SiSPAA
#HariBertemuRakyat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy