Melaka Kaji Skim Gaji Dan Elaun SSPA Penjawat Awam

11 Disember – Skim gaji dan elaun tetap penjawat awam sedang diteliti menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri sedang menyemak semula perkara itu selepas kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2023 diadakan di sebuah hotel hari ini.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PesaraMelaka
#SkimGaji
#SSPA
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy