CUKAI TAKSIRAN MBMB DIJANGKA TERUS MENINGKAT

8 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah berjaya mencapai 80 peratus kutipan cukai hasil dan bukan hasil dengan nilai RM107 juta setakat November.

Bagaimanapun, kutipan cukai itu dijangka akan terus meningkat secara keseluruhan sehingga hujung tahun ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, kutipan cukai pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya dipercayai menerusi inisiatif Cabutan Bertuah Cukai Taksiran yang disifatkan sebagai galakan untuk pengguna membayar cukai.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MBMB
#MajlisBandarayaMelakaBersejarah
#CukaiTaksiran
#CabutanBertuahCukaiTaksiran
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy