28 Duta Perpaduan Melaka Dilantik Sampaikan Aspirasi Perpaduan

8 Disember – Seramai 28 Duta Perpaduan Melaka (DPM) dilantik bagi membantu Kerajaan Negeri menguar-uarkan aspirasi perpaduan menerusi pelbagai aktiviti yang membabitkan masyarakat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, duta-duta yang dilantik adalah dalam kalangan Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam serta swasta.

Hee Sem turut berkata, pada tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM300,000 kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka bagi melaksanakan aktiviti menerusi Program Komuniti MADANI.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#DutaPerpaduanMelaka
#Perpaduan
#TMM2024
#JPNIN
#KRT
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy