2 Disember – Batik Malaysia secara umumnya adalah seni kraf tangan sepenuhnya ataupun sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia.
Justeru penganjuran Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 bertempat di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah mulai 1 hingga 4 Disember ini dapatlah disifatkan sebagai inisiatif yang terbaik dalam memastikan seni kraf itu terus dipelihara.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di pusat membeli belah itu mendapati, rata-rata pengunjung dari pelbagai negeri sememangnya menanti-nantikan penganjuran seumpama itu memandangkan disitulah peluang untuk mereka melihat dengan lebih dekat kepelbagaian seni batik negara.
Tidak ketinggalan, pengunjung juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mengecop batik dengan bimbingan daripada para pempamer.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#batik
#batikmalaysia
#sambutanharibatik
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV