Pembinaan Loji Air Rm388 Juta Bakal Selesaikan Tekanan Air Rendah

30 November – Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, projek bernilai RM388 juta itu secara tidak langsung menyelesaikan masalah tekanan air rendah di DUN Kuala Linggi yang merupakan kawasan penghujung sempadan Negeri Melaka.

“Projek ini meliputi kerja-kerja pembinaan muka sauk, membina tangki air imbangan Ramuan Cina Kechil, tangki simpanan Sekawang, penanaman paip air mentah dan paip air terawat bagi sistem bekalan air loji sepanjang 26 kilometer.

“Jangkaan pembinaan loji dan sistem jajaran paip ini akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024. Selain mengatasi masalah bekalan air di Kuala Linggi, penduduk di Masjid Tanah, Lubok Redan, Paya Mengkuang, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Ayer Limau dan Solok Duku turut menerima manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai perancangan Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah bekalan air di DUN Kuala Linggi pada hari keempat Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TekananAirRendah
#DUNKualaLinggi
#LojiAir
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

16 views

Shares