Sungai Linggi Cruise Beroperasi 22 Disember Ini

29 November – Produk pelancongan baharu oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), ‘Cruise’ Sungai Linggi dijangka akan mula beroperasi pada 22 Disember ini kepada pengunjung dari dalam dan luar Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerja-kerja persiapan melibatkan produk pelancongan baharu di utara Melaka itu kini sudah mencapai 65 peratus.

Katanya, sebanyak dua buah bot pelancong disediakan pada setiap hari Jumaat sehingga Ahad atau mengikut tempahan untuk pengunjung menikmati pengalaman menyelusuri sungai tersebut.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SungaiLinggi
#MelakaRiverCruise
#ManaLagiMelakaLer
#TourismMelaka
#VisitMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy