Melaka Setuju Naikkan Elaun Saraan Pentadbiran Negeri, Ahli MMKN

29 November – Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas hari ini meluluskan usul dan Rang Undang-undang yang bernama Enakmen Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023 Negeri Melaka.

Usul itu mempersetujui kenaikan elaun saraan 155 Ahli Pentadbiran Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kenaikan itu membabitkan implikasi kewangan RM 3.47 juta setahun.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SidangDUNMelaka
#BajetMelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy