DUN Melaka Lulus Usul dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024

29 November – Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Usul dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 selepas sesi ucapan penggulungan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, hari ini.

Dua Adun Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) dan Dr. Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) berkecuali, manakala dua Adun tidak hadir ketika pengundian adalah Adly Zahari (PH-Bukit Katil) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-Rembia).

Bajet 2024 Melaka dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Isnin dengan 16 Adun menyertai sesi perbahasan.

Bajet 2024 Melaka yang bertemakan ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’, katanya adalah penting dalam usaha Kerajaan Negeri mengembalikan semula Negeri Melaka selepas pasca pandemik COVID-19.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#BajetMelaka
#SidangDUNMelaka
#Enakmen
#Bajet2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy