Melaka Optimis Jadi Pengeluar Benih Padi Berkualiti

28 November – Projek perintis penghasilan benih varieti padi M297 mampu menampung keperluan pesawah mendapatkan hasil padi yang berkualiti seterusnya memastikan bekalan beras putih tempatan di Melaka mencukupi dalam tempoh jangka masa panjang, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Jelasnya, selain operasi penguatkuasaan, langkah untuk menghasilkan ladang benih padi sah itu adalah bertepatan dalam memastikan keterjaminan makanan ekoran terdapat aduan daripada pesawah yang mendakwa menerima varieti benih padi kurang berkualiti sebelum ini.

Malah mengikut rekod, Kadar Sara Diri (SSR) bagi pengeluaran padi juga hanya mencatatkan 9.8 peratus setakat ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang meluluskan peruntukan RM300,000 bagi menghasilkan ladang benih padi sah satu-satunya diusahakan Kerajaan Negeri Melaka,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-RIM) dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#BenihPadi
#SawahPadi
#BerasTempatan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy