Melaka Kurangkan Caj Deklarasi Kastam, Mansuh Caj Deklarasi Antara Zon

28 November – Kerajaan Negeri Melaka mengurangkan caj borang deklarasi kastam serta memansuhkan caj borang deklarasi kastam antara industri kepada 25 pengilang di kawasan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Batu Berendam dan Tanjung Kling, berkuat kuasa Januari tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, caj borang deklarasi kastam dikurangkan daripada RM10 kepada RM6 bagi jumlah perisytiharan kastam melebihi 5,000 borang setiap bulan.

Manakala bagi caj borang deklarasi antara industri, katanya, Kerajaan Negeri memansuhkan caj berkenaan di kedua-dua kawasan zon terbabit bagi pergerakan barang antara syarikat sama.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#CajDeklarasi
#Infineon
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy