27 November – Kerajaan Negeri Melaka akan memperkenalkan perkhidmatan Paramedik Komuniti Melaka pertama di negara ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkhidmatan itu akan ditempatkan di setiap 339 buah kampung di bawah naungan JPKK dan JPKKB dengan implikasi kewangan berjumlah RM 500,000.
Katanya, ia bertujuan memberi bantuan kecemasan awal dan sokongan moral kepada mereka yang ditimpa musibah dengan menempatkan tiga orang sukarelawan di setiap kampung.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#ParamedikKomuniti
#Kecemasan
#Kesihatan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV