@melaka.my Selaras Mendigitalkan Rakyat

27 November – Seramai 50,000 pengguna dijangka akan menggunakan akaun E-mel khas Rakyat Melaka iaitu @melaka.my dalam usaha ke arah digitalisasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu akan bermula pada Jun 2024 bagi fasa pertama melibatkan pemimpin masyarakat, pelajar sekolah dan mahasiswa setelah semua kajian dilaksanakan.

Katanya, e-mel itu berperanan menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan yang mudah diakses serta responsif terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#emel
#digital
#melakadigital
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy