TMM 2024 Serlahkan Keunikan Masyarakat Baba Nyonya

25 November – Keunikan seni dan budaya Baba Nyonya akan diangkat sebagai salah satu tarikan program sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai keistimewaan masyarakat itu boleh diketengahkan kepada pelancong antaranya makanan, hasil seni, persembahan dan budaya hidup mereka.

Terdahulu, Ketua Menteri hadir ke Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 disertai kira-kira 500 peserta membabitkan delegasi Baba Nyonya daripada lima buah negara iaitu Malaysia, Australia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TahunMelawatMelaka2024
#TMM2024
#BabaNyonya
#Konvensyen
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy