TMM 2024: Jambori Permotoran Malaysia 2024 Akan Diadakan di Melaka

25 November – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf berkata, aktiviti permotoran seperti konvoi dilihat sebagai satu aktiviti yang sihat bukan sahaja bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan peserta, bahkan ia juga berupaya mempromosi kaedah penunggangan selamat.

Dalam ucapannya di XOCM Mega Gathering 2023, MITC. Beliau turut mengumumkan bahawa Melaka bakal menjadi destinasi persinggahan geng motosikal menerusi penganjuran Jambori Permotoran Malaysia, pertengahan tahun depan.

“Program ini menyasarkan 300,000 hingga 500,000 peminat motosikal, tidak terhad kepada motosikal berkuasa tinggi, bahkan ia merangkumi pelbagai jenis motosikal untuk turut serta.

“Ia akan diadakan selama tiga hari dua malam yang mana peserta bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa motosikal,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JamboriPermotoranMalaysia
#XMax
# XMaxOwnerClubMalaysia
#TahunMelawatMelaka2024
#TMM2024
#CabutanBertuah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy