CARE SPM, STPM 2023: Galakan Pelajar Duduki Peperiksaan

23 November – Lebih 13,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini dihimpunkan mengikuti program bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan di Universiti Multimedia Melaka (MMU), semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program secara maya dan bersemuka anjuran Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) itu melibatkan semua sekolah dari setiap daerah di negeri ini.

Katanya, berdasarkan kecemerlangan pada SPM lalu, program seumpama Sentuhan Kasih Ketua Menteri: Care SPM, STPM 2023 itu berupaya memberi impak positif kepada kemenjadian pelajar menduduki peperiksaan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TAPEM
#SPM
#STPM
#CARE
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy