Sm Wez, Taman Perindustrian Jerman Antara Tumpuan Miti Di Melaka

23 November – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyokong cadangan pembukaan kawasan perindustrian baharu di Melaka dalam usaha membangunkan lagi sektor berkenaan di negara ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara cadangan yang diberi perhatian adalah pembukaan kawasan perindustrian baharu, MCORP Hi-Tech Park, Taman Perindustrian Jerman dan Kawasan Perindustrian Elkay Fasa 2 (ELKAY 2).

Katanya, cadangan itu bersesuaian dengan keperluan pembangunan perindustrian Negeri Melaka selaras dasar Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Melaka
#Pelaburan
#Perindustrian
#MITI
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

21 views

Shares