Penduduk Sekitar Setulang Daeng Lega Pemasangan ‘Bailey Bridge’ Siap Cepat

21 November – Rata-rata penduduk yang ditemui bersyukur dengan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) itu telah berjaya menyiapkan jambatan alternatif untuk kegunaan orang ramai.

Ia memandangkan selepas jambatan runtuh, orang ramai di kawasan Setulang Daeng, Pulau Gadong dan kawasan sekitar terpaksa menggunakan laluan lebih jauh untuk ke sesuatu lokasi selain terpaksa menempuh kesesakan.

Untuk makluman, pembinaan jambatan ‘Bailey’ itu siap dalam tempoh tiga hari bermula dari 14 hingga 16 November lalu, sebelum ia disahkan selamat dan boleh dilalui bermula hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PulauGadong
#BukitRambai
#SetulangDaeng
#BaileyBridge
#JambatanSementara
#JKR
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy