Persidangan Ketua Pendakwa Syarie, Perkasa Perundangan Syariah

16 November – Persidangan dan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia kali ke-15 merupakan platform terbaik dalam membincangkan isu-isu berkaitan perundangan jenayah syariah.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Rosli Abdullah berkata, pihaknya prihatin dan memandang serius isu perundangan jenayah syariah ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan yang adil dan saksama.

“Kita juga menyambut baik inisiatif untuk mewujudkan pengasingan kuasa Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam memastikan pengurusan pentadbiran lebih telus dan dinamik,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#jenayahsyariah
#ketuapendakwasyarie
#jabatanpendakwaansyariahmalaysia
#jabatankehakimansyariahmalaysia
#MelakaHariIni
#MHI
#melakatv

Views:

20 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy