Penjawat Awam Diseru Bersedia Bantu Jayakan TMM2024

15 November – Penjawat awam di negeri ini diseru agar bersedia dalam membantu kerajaan negeri bersama-sama menjayakan kesemua program pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari berkata, persiapan hendaklah dibuat secara berterusan sehingga ke hari kejadian bagi meraikan para pelancong yang bakal berkunjung ke negeri ini.

“Melaka juga telah dipilih sebagai tuan rumah World Tourism Day 2025 disertai 60 negara anggota yang pastinya Melaka akan menjadi tumpuan seluruh dunia.

“Saya yakin penjawat awam di negeri ini mampu melaksanakan yang terbaik demi Negeri Melaka tercinta,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#TahunMelawatMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy