Melaka Tubuh Jawatankuasa Cantasan Pokok

11 November – Jawatankuasa Cantasan Pokok Melaka akan ditubuhkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa di negeri ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, jawatankuasa itu bukan sahaja melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), malah ia turut akan membabitkan agensi dan jabatan kerajaan lain yang mempunyai aset.

Beliau berkata kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program 3 Kilometer (km) International Fun Walk sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia di Stadium Hang Jebat, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#JawatankuasaCantasanPokok
#PokokTumbang
#MusimHujan
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy