Zikir ‘23: Kayuhan Santuni Golongan Memerlukan

4 November – Program Ziarah Kasih Rahmah Tahun 2023 (ZIKIR ’23) Peringkat Zon Selatan sempena Sambutan Bulan Wakaf Melaka yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, hari ini berjaya menyantuni golongan memerlukan.

Program yang bermula seawal Subuh itu dimulakan dengan Kuliah Subuh dan Dhuha bertujuan untuk ‘merakyatkan masjid’ kemudian diteruskan lagi dengan Kayuhan Prihatin Wakaf di sekitar Ayer Molek.

Sejumlah RM53,500 telah dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan menerusi program ini dan antara agihan yang dilaksanakan melibatkan sumbangan bakul makanan, petrol percuma dan dana wakaf kepada Masjid As Salimin untuk tujuan pembaikan ruangan solat wanita.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ZIKIR23
#ZiarahKasihRahmah
#MAIM
#agama
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy