Bulan Wakaf Tingkat Kualiti Masyarakat Islam

3 November – “Kesedaran rakyat Melaka berhubung amalan sebagai pewakaf yang semakin meningkat, membantu Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi tahap kualiti masyarakat Islam,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Teks beliau dibacakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman sempena Sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Auditorium Masjid Al-Azim, hari ini.

Untuk makluman, hasil kutipan dana wakaf akan disalurkan bagi tujuan pembangunan, perubatan, pendidikan, pengambilan atau pembelian tanah bagi pembinaan tapak masjid dan pembangunan berkaitan keagamaan yang lain.

Terdahulu dalam Program Penutupan Seminar Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023, Rahmad menyampaikan sijil penghargaan kepada kira-kira 15 peserta kuiz wakaf berkenaan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Wakaf
#bulanwakaf
#maim
#melakahariini
#mhi
#melakatv

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy