30 Oktober – Sebanyak RM1.07 juta disalurkan kepada 107 persatuan penduduk di Negeri Melaka yang layak menerima Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) bagi tahun ini.
Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam berkata, geran disalurkan menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) itu amat membantu persatuan penduduk berdaftar menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan komuniti seperti memerangi jenayah, dadah, denggi, pembersihan serta penyelenggaraan.
Jelasnya, meskipun ROS menetapkan hanya 100 persatuan sahaja yang menerima GPPK di Melaka, namun kuota itu ditambah menjadi 107.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#GPPK
#Persatuan
#ROS
#JabatanPendaftaranPertubuhanMalaysia
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV