Pemandu, Penunggang E-Hailing Duta Pelancongan Melaka – KM

30 Oktober – Seramai 1,000 pemandu dan penunggang e-Hailing yang aktif di negeri ini boleh dianggap sebagai duta pelancongan Melaka yang boleh membantu menggiatkan lagi promosi kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Pihaknya juga akan memberikan insentif khas kepada golongan namun bentuk insentif itu hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet Melaka 2024 pada hujung bulan ini.

Terdahulu, lebih 250 pemandu dan penunggang e-hailing di negeri ini menerima pelekat kenderaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) untuk bersama-sama mempromosi sektor pelancongan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ehailing
#pelekat
#tourismmelaka
#tahunmelawatmelaka2024
#tmm2024
#melakahariini
#mhi
#melakatv

Views:

13 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy