‘no Right Turn’ Di Persimpangan Melaka Mall Mulai Minggu Hadapan

26 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka sedia menambah lokasi lain bagi pelaksanaan ‘No Right Turn’ dalam membantu aspek penyuraian trafik di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sebanyak lima lokasi telah dikenal pasti bagi pelaksanaan inisiatif itu antaranya di Persimpangan Melaka Mall yang akan bermula pada minggu hadapan.

Pihaknya juga telah memohon kira-kira RM12 juta daripada Kerajaan Pusat bagi melibatkan kerja-kerja penyuraian trafik dan naik taraf jalan di negeri ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#NoRightTurn
#penyuraiantrafik
#melaka
#kerjaraya
#jalan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

10 views

Shares