Ramuan ‘Istimewa’ Telur Itik Shafie Bawa Rezeki

25 Oktober – Saksikan kisah seorang bekas penyelia di sebuah syarikat swasta yang membuat percaturan mengusahakan ternakan itik telur sepenuh masa, hikmah daripada pandemik COVID-19 lalu.

Siapa sangka, langkah berani itu kini membuatkan dia menjadi salah seorang penternak itik yang berjaya di negara ini dan mampu melebarkan pasaran telur itik mentah dan asinnya luar dari Melaka.

Bermula dengan menternak lima ekor itik telur di belakang rumah ibunya kira-kira empat tahun lalu, ternakan itu mampu menghasilkan antara 1,500 hingga 1,800 biji telur sehari.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Telur
#telurasin
#itik
#penternakan
#teluritik
#melakahariini
#mhi
#melakatv

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy