100 Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Peserta Gotong-Royong Perdana Sungai Melaka Fasa II

13 Oktober – Gotong-Royong Perdana Sungai Melaka Fasa II sejauh 5.2 kilometer (KM) pada 15 Oktober ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan seluruh negeri Melaka sentiasa bersih menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Program tersebut akan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti Plogging (riadah sambil kutip sampah), Jualan Rahmah Bergerak, Singgit Seposen, pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi malah pengunjung yang hadir juga berpeluang memenang hadiah cabutan menarik.

Orang Melaka, jangan lupa temujanji kita pada 15 Oktober 2023 (Ahad), pada jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Dataran Pengkalan Rama.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#GotongRoyongPerdana
#SungaiMelaka
#TahunMelawatMelaka2024 #TourismMelaka
#FabulousMelaka #ManaLagiMelakaLer

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy