SMIX2023: PBT Melaka Sahut Aspirasi Teknologi Pintar

12 Oktober – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka tidak ketinggalan menyahut aspirasi Kerajaan Negeri Melaka bagi membangun dan membudayakan transformasi digital dengan pelbagai produk inovasi terkini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, antara produk pintarnya adalah seperti Sistem Pintar Kawalan Trafik MBMB (SPiKTRA-M) yang membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai keadaan semasa trafik di sesuatu lokasi.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menampilkan produk dan inovasi pintar ‘Dashboard’ Bandar Rendah Karbon untuk memastikan kelestarian dan keselesaan warga bandar tersebut.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula mengaplikasikan Pelan Tindakan Bandar Pintar Alor Gajah dalam usaha memperkemas pentadbiran seterusnya menerapkan pembangunan kawasan sekitar mampan dan lestari.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PBT
#pihakberkuasatempatan
#pbtmelaka
#mbmb
#mpag
#mphtj
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy