‘Kisah Kebaya’ Memartabatkan Evolusi Kebaya Merentas Sempadan

11 Oktober – Kisah Kebaya ‘Evolusi Busana Merentas Sempadan’ akan berlangsung bermula 12 hingga 14 Oktober ini di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) dengan kerjasam pelbagai agensi itu bertujuan membantu memelihara dan mengekalkan seni budaya khususnya kesedaran terhadap evolusi busana kebaya dalam kalangan generasi muda.

Antara pengisian acara tersebut adalah Wacana Kisah Kebaya dan Bengkel Seri Kebaya, Pertandingan Melukis Figura Ratu Kebaya Kategori Awam dan Remaja, Pertandingan Peragaan Kebaya bagi Kategori Remaja iaitu ‘Miss Grand Kebaya Remaja’ manakala kemuncaknya adalah pertunjukan Fesyen Muzikal Kisah Kebaya dan monodrama ‘Kebaya Tidak Berkerongsang’ yang diarahkan oleh Eri Majid.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Kebaya
#KisahKebaya
#JKKN
#MTA
#JabatanKebudayaanDanKesenianNegaraNegeriMelaka
#bajukebaya
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy