Melaka Mulakan Tanam Benih Padi Sendiri Tangani Isu Beras

5 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka menyifatkan projek perintis penghasilan benih padi M297 dapat membekalkan bekalan padi dan beras dalam negara seterusnya mencapai peningkatan tahap sara diri (SSL) pada tahun hadapan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya sedang berbincang lanjut dengan badan dan agensi terlibat mengenai pembangunan projek itu yang dijangka mampu mengakhiri kemelut bekalan beras tempatan untuk jangka masa panjang.

Katanya, pembangunan projek itu di seluruh negeri Melaka memerlukan kawasan berkeluasan sekitar 36 hektar.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#padi
#beras
#sawah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares