Lebih 72,000 Udang Galah Lagi Sedia Diburu Kaki Pancing

5 Oktober – Terdahulu, sebanyak 72,000 ekor benih udang galah dan 10,000 ekor benih ikan baung sungai telah dilepaskan di perairan Sungai Melaka, Kampung Gangsa, Durian Tunggal bertujuan menambah lagi stok sumber perikanan di negeri ini.

Mengikut rekod, sejumlah 303,500 ekor benih ikan dan udang galah dengan nilai RM42,900 dilepaskan di perairan sungai terpilih di Melaka, setakat ini.

Pejabat Perikanan Melaka turut mensasarkan 500,000 ekor benih ikan dan udang galah dilepaskan di perairan sungai Melaka pada tahun ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#sungaimelaka
#udanggalah
#perikanan
#ikan
#keterjaminanmakanan
#excomelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy