Beri Tempoh Percubaan Selaraskan Pelabuhan Kapal Tanjung Kling

5 Oktober – Pihak berkuasa Pelabuhan Tanjung Beruas bersama Pelabuhan Klang dan agensi terbabit diberikan tempoh percubaan untuk menyusun atur semula kapal-kapal yang berlabuh di perairan Tanjung Kling dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal telah mengadakan perbincangan bersama agensi terlibat bagi mendapatkan persetujuan mengenai plot kapal berlabuh di perairan Tanjung Kling yang akan disejajarkan semula.

Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada nelayan di kawasan itu yang sukar untuk menangkap ikan susulan kapal-kapal besar yang belabuh dalam keadaan berselerak.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#kapal
#pelabuhan
#tanjungkling
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

4 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy