Showcase SDSI Kembali Di Melaka, Tampil Keunikan 14 Negeri

4 Oktober – Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MADANI Peringkat Kebangsaan di Melaka kembali dengan menghimpunkan pelbagai produk unik melambangkan identiti 14 buah negeri di Malaysia.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 6 hingga 8 Oktober, program itu akan akan melibatkan 145 reruai yang dihias mengikut keunikan negeri dan budaya tradisional masing-masing.

Antara program menarik adalah Jualan Usahawan SDSI, Program Padanan Perniagaan, Akses kepada Peluang Pembiayaan (BIAYA Usahawan SDSI), Seminar Keusahawanan, Jualan RAHMAH dan “Malam Cinta Rasul” di sebelah malam dan pelbagai lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#SDSI
#Showcase
#SatuDaerahSatuIndustri
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

41 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy