Demak Dan Sofea Kini Haiwan Angkat Mitsubishi Motors Malaysia

23 September – Dua ekor harimau bintang bernama Damak dan Sofea dijadikan haiwan angkat menerusi Program Southern Region Wildlife Project 2023′ Saving Animals and Service Community’ Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd di Zoo Melaka.

Program itu disertai kira-kira 130 peserta daripada Mitsubishi Motors Zon Selatan.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini adalah dengan membaik pulih pondok tinjau di kawasan harimau bintang, dan menerusi tambah baik ini semoga ia akan memberi manfaat kepada pengunjung.” Kata Ketua Pegawai Operasi, Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi Izzat.

“Kita juga turut memberikan sumbangan bernilai RM3,000 kepada Damak dan Sofea untuk kegunaan dan keperluan harian mereka di mana sumbangan ini merupakan usaha kecil kami sebagai tanda sokongan dan kepedulian terhadap kebajikan haiwan-haiwan yang tinggal disini,” Tambahnya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#CSR
#MitsubishiMotorsMalaysia
#ZooMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy