TMM2024: Melaka Mohon Tambah Zon Laluan Bas Pengantara

20 September – Kerajaan Negeri Melaka memohon agar membuka satu lagi zon laluan perkhidmatan bas pengantara (Bus On Demand) sebagai akses kepada pengunjung ke destinasi tumpuan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, permohonan itu trlah dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Inisiatif itu diharapkan dapat membantu memberi keselesaan kepada pengguna sekali gus memastikan penyuraian trafik di bandar raya, terutama Banda Hilir lebih sistematik.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#BusOnDemand
#bas
#pengangkutanawammelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy