Rebut Promosi Perlancongan Hebat Di Matta Fair Melaka 2023

20 September – Penganjuran MATTA Fair Melaka 2023 di Dataran Pahlawan Megamall pada 6 hingga 8 Oktober ini dijangka mampu menarik seramai 20,000 pengunjung tempatan dan luar negeri Melaka.

Pameran ini juga bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi 14 subsektor pelancongan merangkumi pelancongan sejarah, budaya, rekreasi, sukan, membeli-belah, konvensyen, kesihatan, pendidikan, agro, makan-makan, Melaka: Rumah Ke-2, belia, ekopelancongan dan keagamaan.

Dengan tawaran pakej pelancongan menarik, selain diskaun kita berharap mereka merancang untuk bercuti menggunakan peluang ini, jangan lepaskan peluang datang ke MATTA Fair 2023 dan memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MATTA
#mattafair
#pelanconganmelaka
#manalagimelakaler
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares